2018-02-12

Kitab Ad-Durrun Nafis: Fasal 4 Tauhidul Zat


FASAL 4 TAUHIDUL ZAT

SYEIKH MUHAMMAD NAFIS AL-BANJARI (ULAMA SUFI BANJAR)

Kitab Ad-Durrun Nafis - Bermula fasal yang keempat pada menyatakan tauhid azzat ertinya mengesakan Allah Ta'ala pada zat dan maqam inilah yang setinggi-tinggi maqam tiada lagi di atasnya daripada maqam ini yang sampai pengetahuan segala makhluk kepadanya dan kepadanya kesudah-sudahan musyahadah dan pandang segala orang yang 'arif dan kepadanyalah perhentian perjalanan mereka itu dan kepadanyalah diperolihi lazat yang terlintas pada hati manusia dan kepadanyalah sehingga dan sehabis sampai pengetahuan segala makhluk dan kepada maqam yang di atasnya daripada ini tiada siapa yang dapat pengetahuan akan dia hingga nabi mursal dan malaikat yang muqarrobin sekalipun tiada sampai kepadanya iaitu maqam kunnuhu zat Allah Ta'ala seperti firman Allah Ta'ala Al Baqarah ya'ni dipertakuti Allah Ta'ala daripada sampai makrifat akan kunnuhi zatnya dan lagi) sabda nabi saw

KULLUKUM FI ZATILLAHI AHMAQ

ya'ani sekelian kamu mendapat akan kunnunhi zat Allah Ta'ala ahma'

ertinya tiada mendapat kepada kunnunhi zatnya sekali-kali

(Kata) Syech Abdul Wahab Assyarani qadassalahu sirrahu di dalam kitab aljuahir waddhurur daripada menterjemahkan kata Syechnya Ali Khawas rodhiallahu anhu

(Bermula) pengetahuan akan hanya hak Allah Ta'ala itu tiada merasai dan mendapat akan dia olih seorang juapun daripada segala makhluknya kerana bahawasanya Allah Ta'ala itu bukan ia 'ain yang dihukumkan akan dia olih akal dan bukan ia 'ain yang dihukumkan akan dia olih syuhud hati dan mata tetapi adalah ia dibalik yang demikian itu maka bukan ia 'ain yang dikenal olih mereka itu akan dia dan bukan ia 'ain yang dijahilkan olih mereka itu akan dia

(Dan barangsiapa) mengetahui ia akan yang demikian itu maka wajib atasnya bahawa menyembah ia akan zat yang suci lagi ghoib iaitulah 'ain yang disyuhud dan iaitulah 'ibadat yang sempurna 'ibadat wallahu 'alam ah

(shahadan) tiada yang sampai kepada maqam tauhid azzat ini melainkan nabi kita Muhammad saw jua dan barang yang ada daripada segala anbia' dan aulia' yang di bawah qidamnya kerana tiada yang dijadikan Allah Ta'ala dengan zatnya itu hanya nabi kita Muhammad saw jua seperti yang tersebut di dalam hadis Jabir rhodiallahu anhu yang lagi akan datang pada khotimah

(shahadan) bermula kifiyat yang mengesakan Allah Ta'ala pada zat itu iaitu dipandang dengan mata kepala dan dengan mata hati bahawasanya tiada yang maujud di dalam ujud ini hanya Allah Ta'ala jua iaitu 'ibarat daripada fana' segala zat kita dan segala zat yang lainnya daripada zat kita daripada segala makhluk di bawah zat Allah Ta'ala sekira-sekira tiada yang maujud melainkan Allah Ta'ala jua sendirian dan adalah ujud segala yang lain daripada segala makhluk itu menempati tiada kerana ujud yang lain daripada Allah Ta'ala itu bukan maujud sendirian hanya ia maujud dengan Allah Ta'ala jua ertinya ujud yang lain daripada Allah Ta'ala itu qhoim ia dengan ujud Allah Ta'ala tiada qoim dengan sendirinya tetapi adalah ujud yang lain daripada Allah Ta'ala itu khayal ertinya menempati akan ma'dum pada tempat yang maujud dan waham ertinya sangka dan bathil jua dengan dinisbahkan kepada ujud Allah Ta'ala

(Kata) Syechuna al'arifi billah Assyech Siddiq bin Umar Khan rohimallah:

“Bermula segala ujud ghairrullah itu seperti ujud yang kita lihat akan dia di dalam mimpi jua tiada baginya haqiqat maka apabila jaga kita hilanglah ia seperti demikian itulah ujud ghairrullah apabila kita mati nescaya hilanglah ia maka baharulah pada ketika itu kita jaga dan kita lihat bahawasanya tiada baginya ujud yang sebenarnya

(seperti) sabda nabi saw:

AN NASU NYAMUN FA IZA MATU INTABAHU

Bermula segala manusia itu tidur maka apabila mati mereka itu baharulah jaga mereka itu

(Maka adapun) mati itu dua perkara pada istillah ahli attassawuf

(pertamanya) mati khassi namanya iaitu 'ibarat bercerai ruh daripada jasad

(keduanya) mati ma'nawi namanya iaitu yang diisyaratkan olih Rasullullah saw dengan sabdanya

“mutu qabla anta mutu waman arada ay yan zhuro ila mayyitin yamsi ‘ala wajhil ardhi fal yan hur ila Abi Bakrin”

ya'ni matikan olihmu akan diri kamu sebelum lagi mati kamu dan barangsiapa menghendak melihat kepada mayat yang berjalan ia di atas bumi maka hendaklah lihat olihmu kepada abu bakar

iaitu 'ibarat daripada mati nafsu yang amarah dan 'ibarat daripada pandang akan bahawasanya segala ghairrullah itu fana' dan tiada pada haqiqatnya 'intaha'

(Bermula) ujud Allah Ta’ala itu ujud yang sebenarnya dengan nisbah kepada tiap-tiap suatu yang lain

(seperti) sabda Nabi saw ALA KULLU SAIN MA KHALALLAHU BATHILUN

ertinya ketahui olihmu bermula tiap-tiap suatu yang lain daripada Allah Ta’ala itu iaitu bathil jua adanya

(dan dalil) yang menunjukan atas demikian itu amat banyak seperti

firmannya KULLU MAN ALAIHA FANIN WA YARQO WAJHU RABBIKA ZUL JALALI WAL IKRAM

tafsirnya Bermula tiap-tiap barang yang ada daripada segala haiwan atau yang bersusun atas zat dan sifat sekelian itu binasa pada masa yang dahulu dan pada masa sekarang dan masa yang lagi akan datang dan kekal zat tuhanmu ya Muhammad yang mempunyai kebesaran dan kemulian

(dan lagi) firman Allah Ta’ala KULLU SAIN HALIKUN ILLA WAJHAHU

ya’ni Bermula tiap-tiap sesuatu itu binasa ia pada masa yang telah lalu dan pada masa sekarang dan pada masa yang lagi akan datang melainkan zat Allah Ta’ala jua yang tiada binasa

(dan) sabda Nabi saw KANALLAHU LAM YAKUN SAI UN MA ‘AHU

ertinya adalah Allah Ta’ala itu pada hal tiada ada sesuatu sertanya

(dan) menambahi ulama (WAHUWA ANA ALA HUWA ALAIHI MA KANA

ertinya dan iaitu adalah Allah Ta’ala pada sekarang ini atas barang yang ada ia atasnya telah berlalu

(dan lagi) sabda Nabi saw yang diriwayat akan dia olih Imam Tarmizi

WALADZI NAFSI BIYADIHIL LAU ANNAKUM DALAITUM BIHABLIN ILAL AEDHI LAHABITHA ALALLAHISTUMMA QORO ‘A , HUWA AWWALU WAL AKHIRU

erti Demi tuhan yang ada diri Muhammad itu jadi dengan qudratnya jikalau kamu hulurkan akan tali daripada langit ke bumi nescaya turun sampai ia atas ujud Allah Ta’ala kemudian daripada ayat maka membaca Rasul saw (هو الآول والآخر) hingga akhir ayatnya, Dialah yang awal dan yang akhir

(bermula) hasilnya segala ujud suatu itu dengan dinisbahkan kepada ujud Allah Ta’ala yang haqiqi itu khayal dan waham dan majaz jua kerana ujudnya antara dua ‘adam bermula ujud yang antara dua adam itu adam jua dan tiada ujud pada haqiqatnya itu dengan sendirinya tetapi adalah adanya itu dengan ujud Allah Ta’ala ya’ni qoim ia bijjudillahi ta’ala dan tiada ujud haqiqi itu hanya ujud Allah jua

(Kata) ‘arif billah Maulana Assayed Abdullah ibnu Ibrahim Mir’ani rohimallahu di dalam Tuhfatul Mursalat:

(Bermula) segala mumkin yang maujud pada khorij itu pada sekira-sekira ujudnya iaitu ‘ain ujud alhaq subhanahu wata’ala dengan sekira-sekira zhohir mumkin itu lain daripada Allah Ta’ala dan sekira-sekira haqiqatnya ujud mumkin itu iaitu ‘ain ujud Allah Ta’ala dan mithalnya seperti buih dan ombak dan kendi yang jadi daripada air beku maka sekelian itu daripada sekira-sekira haqiqatnya ‘ain ujud air jua dan daripada sekira-sekira nafinya lain daripadanya intiha’

(kata) setengah ‘arif bermula alam ini naskhah alhaq ta’ala

(dan) dan kata setengah ini cermin haq ta’ala

(kata) AsSyech Al Akbar walkibriyat Al Ahmar qadassallahu sirrahu di dalam Fusus al Hikam

Dan apabila adalah haq Allah Ta’ala itu waqayah bagi hamba pada suatu wajah iaitu keadaan haq ta’ala itu zhohir ia didalam cermin hamba dan jadilah hamba itu bathin dan apabila adalah hamba itu waqayah bagi haq ta’ala pada suatu wajah iaitu keadaan hamba itu zhohir ia didalam cermin haq ta’ala maka jadilah haq ta’ala itu bathin

(maka engkau katalah) hai salik pada sekelian yang maujud yang dizhohirkan ini barang yang engkau kehendaki dengan segala ‘itibar yang bersalah-salahan

(jikalau) engkau kehendaki maka engkau kata iaitu makhluk yang zhohir ia didalam cermin haq ta’ala dengan ‘itibar keadaan hamba itu waqayah akan ujud haq ta’ala iaitu ertinya pandang yang banyak didalam yang satu

(kata) Syech Suhami qadassallah sirrahu sebab didahulukan ‘itibar ini kerana terlebih sukar pada memfahamkan dia kepada segala akal orang awam

(dan jika engkau) kehendaki maka engkau kata akan dia itu haq ta’ala ertinya rupanya yang zhohir ia pada cermin makhluk dengan ‘itibar keadaan haq ta’ala itu waqayah akan hambanya iaitu ertinya pandang yang satu dalam yang banyak

(dan jika engkau) kehendaki maka engkau kata akan dia itu haq Allah Ta’ala pun ia dan makhluk pun ia dengan ‘itibar zhohir tiap-tiap satu daripada keduanya didalam cermin yang lain serta ketiadaan tamyiz akan dua cermin itu kerana bahawanya segala ‘itibar itu hanya thabit ia didalam ilmu haq ta’ala yang tiada mengubahkan dia olih cenderong pada segala wajah itu

(dan jika engkau) kehendaki maka engkau kata akan dia itu bukan ia haq Allah Ta’ala pada tiap-tiap wajah dan bukan ia makhluk pada tiap-tiap wajah dengan ‘itibar beza antara dua cermin itu pada satu wajah dan iaitu wajah yang membezakan ilmu itu daripada zat

(kata) Syech Abdul Ghani an Nablussi qadassallahu sirrahu

(bermula) murad keadaannya itu bukan ia haq ta’ala pada tiap-tiap wajah itu tetapi adalah ia ‘itibar haq ta’ala itu pada wajah keadaannya maujud faqad dan murad keadaannya bukan ia makhluk pada tiap-tiap wajah itu tetapi adalah ia itu dengan dengan ‘itibar makhluk pada wajah keadaannya berupa jua intiha’

(dan) jika engkau kehendaki maka engkau kata akan dia dengan hairan tercengang pada yang demikian itu iaitu seperti engkau kata tiada diketahui mana yang zhohir dan mana yang bathin kerana yang zhohir pada cermin itu menjadilah ia bathin dengan ‘itibar keadaannya diri cermin dengan tilik yang lain

(maka apabila) engkau kenal dan engkau ketahui akan segala perkara wajah ini maka sanya telah nyatalah bagimu hai salik yang dituntut olih tiap-tiap seorang daripada segala orang yang mutaqin akan mertabat ujud dengan ‘itibar zatnya dan zhuhornya dan jika ada yaqin itu melazimkan bagi tahdid maka tiada mengapa yang demikian itu

(dan) dalil yang menunjukan tahdid itu tiada mengapa atas haq ta’ala bahawasanya jikalau tiada tahdid harus bagi Allah Ta’ala nescaya tiada menkhabarkan segala rasul itu dengan tahwil ya’ni yang warid daripada Allah Ta’ala pada hadrat zhuhornya dengan bertahwil haq Allah Ta’ala itu pada segala rupa

(kata) Syech Abdul Ghani al Nablussi qadassallahu sirrahu

Bermula murad dengan tahdid yang harus bagi Allah Ta’ala itu iaitu pada zhuhornya jua pada haq ta’ala tiada berubah pada sekira-sekira bathinnya atas barang yang ada atasnya yang Maha Besar lagi Maha Mulia intiha’

iaitu barang satu daripada Ahadiyat bahawasanya Allah Ta'ala itu tajalli ia pada hari qiamat bagi segala makhluk rupa yang dimungkarkan

maka firman ia ANA RABBUKUMUL ‘ALA

ertinya Akulah tuhanmu Yang Maha Tinggi maka jawab mereka

NA’UDZU BILLAHI MINKA ertinya berlindunglah kami dengan Allah Ta'ala daripadamu kemudian maka tajalli ia pada rupa segala 'itiqad mereka itu maka sujudlah mereka itu baginya

(maka apabila) adalah sekelian yang ada itu daripada martabat haq Allah Ta'ala serta bahawasanya baginya itu tahwil pada segala rupa padahal tiada rupa itu bagi segala 'ayan daripada sekira-sekira 'adam

(maka) janganlah engkau pandang akan 'ain itu sama ada di dalam cermin haq ta'ala atau didalam cermin makhluk melainkan kepadanya jua dan tiada tertentu yang demikian itu dengan penglihatan tetapi tiada jatuh hukum itu melainkan atasnya sama ada hukum itu dengan lihat atau lainnya kerana ma'dum itu daripada sekira-sekira ia ma'dum tiada tetap baginya hukum maka tiada hukum itu atas segala 'ayan dengan melihat dan lainnya itu melainkan 'itibar thubutnya dalam ilmunya yang tiada bolih mengubahkan dia daripada segala perkara intiha'

(Shahadan) Adalah wujud yang lain daripada Allah Ta'ala iaitu fana di bawah wujud Allah Ta'ala maka tiadalah yang maujud hak Allah Ta'ala jua dan wujud di alam ini mazhar wujud Allah Ta'ala jua di ibarat misal oleh arifbillah kerana menghampirkan kepada faham jua bukan hakikatnya

(Seperti) laut dan ombak dan buih, maka laut dan ombak dan buih itu mazhar air jua dan tiada yang maujud hanya air jua dan tatkala zahir itu dengan rupa bergerak-gerak maka jadi daripadanya ayat ombak dan buih dan tatkala luas tempatnya air iaitu jadi air laut tetap sekalianya ayat hakikat air jua tiada maujud pada sekaliannya ayat hanya air jua meliputi wujud air iaitu pada laut dan ombak dan buih kerana jikalau air itu tiada bergerak dan tiada nampak luas nescaya tiadalah baginya ombak, buih dan laut, maka kembalilah ia kepada air semata-mata dan hilanglah omak, buih dan lautan itu padanya seperti demikianlah wujud Allah Ta'ala itu meliputi wujudnya itu pada segala alam ini kerana alam ini tiada maujud hanya ia jua yang alam dan sekelaian itu fana pada wujud Allah Ta'ala.

(seperti) seperti firman Allah Ta'ala “WALLAHU BIKULLI SAIN MUHITH”

ertinya “Allah Ta'ala meliputi segala sesuatu”.

(Bermula) meliputi itu kata Syeikh Allamah al Arifbillah Maulana Abdul Rahman bin Abdul Azizi al Maghribi al Umary Rahimullah Ta'ala dengan zatnya yang melazimkan baginya sifat pada makna yang tersebut itu kerana Allah Ta'ala itu nama bagi zat yang wajib wujud yang mempunyai segala sifat kepercayaan dan kesempurnaan bukannya murad dengan meliputi itu dengan ilmu fekah seperti tinggal kebanyakan ilmu zohir yang terdinding mereka itu daripapa mengenal zat dengan sifatnya dengan sempurna pengenalan dan lagi

Firmannya WAILLAHIL MASRIQU WAL MAGHRIBU FA AI NAMA TUWALLU FASTAMMA WAJHULLAH

ertinya “Bagi Allah Ta'ala jua musyrik dan maghrib dan barang dimana hadap kamu maka adalah wujud Allah”

(yakni) barang kemana engkau hadapkan akan mukamu itu hati atau ruhmu itu atau akal makada adalah disini zat Allah 

(dan) lagi firmannya:

‘WAHUAWA MA AKUM AI NAMA KUNTUM”

ertinya “Dan iaitu Allah Ta'ala serta kamu barang dimana ada kamu”

(dan) ,Aurad dengan beserta itupun denga zatnya jua yang melazimkan baginya seperti pada makna fana sekalian alam ini maka tiada yang maujud itu hanya Allah Ta'ala jua maka barang di mana ada wujud itu adalah Allah Ta'ala itu .......

(kata) Sheikh Abdul Wahab Syaroni q.s syarah dalam Kitab al Jawaqitu wal Jawahir:

“Barangsiapa mengatakan ma’iyah Allah akan makluknya itu dengan sifatnya fekah maka lazimlah daripada katanya itu boleh nafikan sifat itu daripada zat maka yang demikian itu mustahil”

(Tetapi) Barangsiapa mengata ia bahawasnya yang ma’iyah (penyertaan) itu kembali maka sifat jua itu bagi zatnya maka iaitu adab amat sempurna ia jikalau ada sifat Allah itu tiada boleh bercerai dengan zatnya sekalipun maka bercerai akan olehmu akan dia kerana bahawasanya itu sangat halus

(shahadan) bermula wujud Allah Ta'ala dan zatnya itu bukan ia jama' dan bukan ia jauhar dan bukan ia ardh dan bukan ia ittihad dan bukan ia hulul dan tiada ia berjihat dan tiada baginya jihat kerana bahawasanya ia tiada berhad dan tiada berhingga dan tiada baharu dan berlainan adalah itu dengan tiap-tiap sesuatu

(seperti) firmannya: LAISA KAMISLIHI SAIUN WAHUWA SAMI UL BASHIR

ertinya: Tiada seperti Allah Ta'ala sesuatu jua apapun dan ia jua yang amat mendengar lagi amat melihat”

(dan) lagi tiada ia bersahabat dan tiada ia beranak dan tiada ia diperanakkan eda ia tiada sekutu baginya dan berkehendak tiap-tiap barang yang lain kepadanya

(Seperti) firmannya: KUL HUWAL AHAD ALLAH HUSOMAD LAMYALID WALAM YU LAD)

ertinya “Katakan olehmu hai Muhammad bermula Allah Ta'ala esa dan yakni berkehendak tiap tiap orang yang lain kepadanya dan tiada ia beranak dan tiada ia dipernakkan dan tiada seorang jua pun yang sebangasa baginya”

(Shahadan) manakala tahakik memadangmu akan bahawasanya tiada yang maujud ini hanya Allah Ta'ala jua dan adalah wujud sekalian alam ini mazahir bagi wujud Allah Ta'ala jua tiada baginya wujud pada hakikatnya hanyasanya khayal dan waham jua dengan dibangsakan kepada wujud Allah dan tiada yang maujud pada hakikatnya hanya Allah Ta'ala jua maka fana pada ketika itu sekalian makhluk pada perbuatan Allah Ta'ala dan asmanya pada sifat Allah Ta'ala dan zat Allah Ta'ala maka tiadalah tinggal lagi pada ketika itu pada makhluk hanya khayal dan waham jua dan hapuslah sekalian annarabbin pada muzar dan dilihatnya akan hakikat alam ini dengan sinarnya maka adalah dilihatnya segala perbuatan yang didalam alam ini sekelaiannya perbuatan Allah Ta'ala adalah hamalan seperti umpama binatang yang tergantung pada hawa jua ditiup angin ke sana ke sini tiada baginya perbuatan.

(demikianlah) kelihatan sekalian asma yang di dalam alam ini semuanya dilahatanya asma Allah Ta'ala lain sepertinya pun sekalian sifat Allah dan wujudnya pun sekalian wujud Allah maka menyalahi ia ketika itu dalam lautan Ahdiyyat Allah Ta'ala dan tiadalah hampir diharap akan selamanya daripada empunya ayat dan sangatlah keras mabuknya dengan sebab minum ia akan khamar hakikat dan tiadalah hampir harapan akan siuman daripada sangat pening khamar itu (Selanjutnya - Fasal 5 Maqam Fanafillah dan Maqam Baqabillah)

KOMENTAR